Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

10:31 p.m. - 2005 September 18
Aki ku Kawen Lagi..
Baru balik. Penat. Sebab 2 kenduri dilangsungkan sekali gus. Dalam pada nak ala kadar, jadi tak berkadar gak. heh.. Biasalah, kalau dah nama kenduri kat kampung.

Kenduri wedding aki meriah [kalau kat pahang, atuk = aki, nenek = wan]. Ditambah pula dengan kenduri cukur jambul yang memang sengaja dibuat serentak sempena kelahiran cucu wan baru kami.

Apa rasanya bila datuk anda yang berusia 72 tahun kawin lagi? Seronok gak. Tu pun setelah dapat berita wedding ep terlebih dahulu. Baru lah reda sikit terkujat aku masa memula dapat khabar aki nak kawen lagi. Bukan tak suka, bukan ape, tapi just terkejut. Ye lah, selalunya latest story kat kampung, kami adik beradik tahu dulu. Sebab kami cucu sulung. Tapi kali ni, rerupanya akak aku saje takmo bitau kami sebab dia pun tengah serabut.

Nasib baik aku ke Kelantan cuti break sekejap aritu. Baru lah dapat khabar dari atok sedara ku. Kalau tidak, sampai ke majlis la aku tak tahu menahu.

Hehe.. neway aki, emma tumpang happy. Nampak aki dah ceria dan dah mula petah cam dulu. Iyelah, sejak arwah wan kami pergi, aki jadi sangat moody. Hopefully dengan kehadiran wan baru kami, everything will be fine as usual.. =)

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!