Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

3:26 p.m. - 2005 September 15
Don't drive while ure sleepy
Pengajaran untuk hari ini: Jangan memandu ketika anda mengantuk!

Kampus takde air. Penat berulang ke selayang. Tu pun nasib baik rumah ateh dekat. Kalau mahu berulang setiap pagi ke TTDI, lagi naya aku. Syukur je la, dapat merempat beberapa hari sementara tunggu bekalan air pulih kembali dekat gombak.

Aku mamai. Walau dah mandi pagi, dah breakfast lagi. Aku masih mengantuk. Tapi sape lagi yang kena jadi driver melainkan aku? Sesudah aku hantar bebudak ke kampus, aku terasa nak 'pergi toilet'. Damn! Ni masalahnye bile air takde. Nak buang air kecil mahupun besar pun jadi masalah.

So aku pusing balik, singgah di destina. Masih lagi mamai. Dan bila masuk ke tandas, ada seorang lelaki tengah melipat seluarnya.

Eh? Sejak bile toilet destina ni jadi UNIsex? [bukan BIsex ye..]

Dan sah, tersirap darah ke muka menahan malu. Hilang terus segala rasa ingin 'membuang' itu.

Balik ke kampus, menceritakan kepada kawan-kawan, pelbagai reaksi aku terima. Tapi yang paling best, bila adda kecik bertanya: ko nampak jantan tengah mencucuh ke?

Hahaha... haram ko adda. Otak pikir tahpepe..

hahaha!

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!