Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

3:57 p.m. - 2005 May 8
instinct
Pernah dengar istilah instinct? Atau dalam bahasa melayu nya dipanggil naluri hati?

Tak tahulah magic ke ape, tapi selalunya instinct aku tak pernah salah. Contoh nye, bangun pagi untuk ke kelas. Tapi rasa macam malas.. so sambung tdo balik. Bila kekawan lain telefon, memang kelas dibatalkan pun. Bukan sekali, bukan dua kali, malah dah berkali-kali jadi macam tu. Mungkin itu bukan instinct. Mungkin nasib aku je yang baik..

Tapi, bila berkawan dengan seseorang yang baru, instinct aku akan diuji sekali lagi. Selalunya kalau dari awal aku dah rasa pelik pada seseorang, maknanye lambat laun memang akan terdedah segala kepelikan orang itu. Nasib aku masih juga baik kerana aku dah ambil tindakan awal. Mungkin ada orang kata aku zalim atau kejam, sebab bila dah elok-elok kenal, tinggalkan macam tu aje. So what? Kawan je kan? No hard feeling kay..

Aku nak cerita benda lain sebenarnya. Aku bengang bile dapat tahu tentang sesuatu yang aku tak patut tahu. Kan tidak tahu itu satu nikmat. Ada seorang kawan ini, kenal dah sangat lama. Selama ni berkongsi itu ini ngan aku. Punyalah aku menjadi pendengar setia.

Tapi selalunya, maklumat yang dikongsi oleh dia seolah-olah jigsaw puzzle yang tak complete. Dan bila dapat information dari orang lain, aku rasa macam dapat kepingan puzzle tambahan. Dan bila aku padan-padankan, memang match dengan jigsaw puzzle aku.

Nasib aku memang sangat baik sebab aku dah bertindak lebih awal untuk membuat tindakan drastik. Tapi, baik macam mana pun, rasa sakit dan robek tu tetap ada. Terima kasih ye, sebab selama ni sudi menjadi tukang karut di kala aku tengah sunyi mahupun busy.. You're the best liar i've ever met..

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!