|
3:10 p.m. - 2005 Mac 8 Aku ngan ada kecik gi HKL melawat pakcik dia. Muka terbakar. Kebakaran bermula akibat litar pintas. Dan masa pakcik dia kat dalam rumah, ada ke orang kat luar jirus air. Tu yang api menyambar. Nasib baik tak kena kejutan elektrik.. Pulang dari HKL, kami ke Ampang Putri. Melawat mail. Tau mail warded pun sebab nuar inform. Masa masuk wad, nampak dia terlantar macam dah nazak.. Rerupanya belum lagi.. [err..?] Gurau je la mail. Jangan memarah, nanti sakit lagi.. ;p Hari ni, nak ke HKL semula. Ada classmate critical kena tikam. Kejadian berlaku malam semalam kat bangsar. Tak tahu lagi full story. Cuma, lecturer kata, dia terserempak dengan sekumpulan perompak yang tengah nak rompak ATM machine. Sehingga malam tadi, after emergency surgery, masih lagi kritikal. Tak tahulah hari ni camne. Hai.. dok masuk keluar hospital ni buat aku teringat pada pelbagai perkara. Malang tu tak berbau kan.. Juz praying for everybody best condition.. Dan juga, thanx ye biskut sebab jadi driver kiterang smalam. Sampai sanggup ponteng kelas tu. Eish, buat aku rasa bersalah jek.. Err.. lenkali bole jadi driver lagi.. ;p
|