|
12:07 a.m. - 2005 Mac 29 Eh? Seingat aku, even kat kampus ni pun aku takde lagi bagi number fon pada student sana. Bila ditanya kat mana, dia kata kat Penang. Ehhhh..? Setau aku, yang ada kat Penang hanyalah tim, abang aku yang tengah praktikal kat CELCOM dan mami-mami jarum kat sana. Sape plak mamat indon ni? Bila ditanya mana dapat no fon, dia merajuk, lantas berkeras mahu mematikan talian. Konpius kejap aku. Dia yang telepon, dia yang ngaku kenal aku, tapi sebab aku gagal mengecam dia, dia merajuk. Eh? Dan tadi, setelah beberapa hari. Aku bukak gesbook. Konpius lagi. Baca komen dia, mengingatkan aku pada muring. Nasib baik aku simpan lagi no fon mamat indon ni. Pinjam simcard member dan dail. Bila aku tanye ni muring ke? Dia kata bukan, tapi sah dia kenal muring. Dan kali ni, slang dia melayu biasa. Aku letak telefon, pohon maaf dengan anggapan tersilap orang. Lepas 1 minit, aku dail kembali. SAH! Takde orang lain yang dekat Penang melainkan meer taro. Bila diteka, memang dia! Adoii laa.. Teruk awak kena kan saya yek? Sungguh saya percaya awak ni mamat indon. Dengan slang semua tu. Gue bilang, lu bisa ngalahkan itu cowok-cowok indon bila bicara gitu sih.. Hahaha.. Rindu kat meer. So gayut la kejap. Then putuskan talian, dan skarang, nah, entri untuk awak. Lenkali, kalau dapat tau awak buat keje camni lagi, siap laaaaa awak yek..! ;p
|