|
1:32 p.m. - 2005 June 9 Masa awal short sem ni aku buat rechecking result last sem. Tapi yang ajaibnya, sampai sekrang (dah tinggal beberapa hari sebelum cuti sem baru) pun masih tak dapat keputusan lagi. Alasan staff kat office: "senate tak endorse lagi".. Inilah kerja birokrasi. Menyusahkan orang. Bila sebut pasal ISO berebut. Tapi servis: hampas.. Bengang gile. Semalam ada buat program. Jadi delay sebab VIP lambat. Kalau lambat 15minit tu boleh la consider lagi. Sebab memang dah jangka. Tapi ini memang dah lambat sangat. Hingga kami terpaksa mula program sebab menghormati kehadiran pelajar yang dah lama menanti. Inilah budaya kita, terlalu melekehkan masa. Kemudian, post mortem program. Aku dah standby untuk di'attack' oleh mana-mana department. Tapi silap aku. Aku tak jangka dan tak sangka dia yang akan attack aku secara terbuka. Mungkin dia punya sebab tersendiri. Dan mungkin juga itu sahaja cara terbaik untuk dia menegur aku sebagai "adik"nya.. Terima kasih ye Mozza, sebab memberi peringatan pada saya. [Walau sebenarnya, pelbagai benda aku boleh counter, tapi aku malas nak panjang cerita.] Biar yang sudah tu, aku simpan sendiri. Alaaa.. baru kena handle 2 program kecil, kalau dah nak merungut tu memang tak patut sangat la kan. Lepas ni akan ada cabaran yang lebih hebat lagi. Oh ye, jumpa majalah baru. InTrend. Tahu apa daya tarikannya? Selak pada ruangan editor. Rosie Haslinda Nasir dah ada team sendiri. Yay! Dan penulis lain macam biasalah.. saharil, hafezin, lily etc.. Huhu~ Ini memang betul lah akan jadi koleksi leisure reading aku.
|