Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

1:14 a.m. - 2005 January 20
Tempoh Balas Jasa

Mak ada meeting jam 2.30pm.

Aku pula dah janji nak dating dengan ben around that time. Lunch skali la kirenya. So, aku hantar mak gi meeting, dan fetch ben kat rumah.

Kami pergi lepak port biasa. Sembang sampai kul 4.30pm, hantar dia balik [actually dia menghantar diri sendiri balik; coz he's been doing the driving.. hehe..] dan terus ke lokasi nak amik mak.

Duduk dalam kereta dengar radio kuat-kuat.

Jam dah tunjuk angka 5pm. Nak call, takut mak tak abis meeting lagi. Tunggu lagi.

Jam 5.30pm, masih tak nampak bayang mak. Tapi dah mula nampak kereta lain beransur pulang.

Sat lagi ada la tu. Dan bila nampak mak, terus start enjin kereta.

Oh, aku faham sekarang. Kenapa kalau dulu; waktu sekolah, mak selalu marah-marah kalau aku lewat dari waktu dijanjikan.

Kerana menunggu [baca: melangok] itu bukan sesuatu yang 'menggembirakan'.

Tapi ini tak bermakna aku marah sebab mak lewat 1 jam lebih dari masa dijanjikan; ia lebih kepada penghayatan semula "tempoh membalas jasa". Kalau dulu hari-hari aku pergi balik dari sekolah berhantar dan berjemput, takkan sekarang aku tak boleh buat benda yang sama..

Kan mak kan?

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!