Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

5:30 p.m. - 2005 Januari 15
susahnya kisah hati dan perasaan

Dia menangis lagi.

Aku tahu apa yang aku beritahu dia semalam sangat mendatangkan kesan mendalam pada dia. Cuma mungkin, dia masih cuba berselindung. Masih cuba menafikan apa yang nyata.

Dan tadi, bila nampak dia ke tandas membasuh muka, aku tahu dah.. dia menangis.

Inilah payah bila menasihatkan seseorang tentang hati dan perasaan. Segala kata-kata teman kau dengar dan pendam. Tanpa buat apa-apa tindakan. Lelaki itu lah yang betul, dia lah segala-galanya.

Tapi bila dia mula buat perangai. Menunjukkan warna kulit sebenar, baru kau tersedar. Dan segalanya sudah agak terlewat. Kerana dia tak mungkin akan 'menatang' kau bagai dulu lagi. Dan paling pedih, kau dah mula 'menyimpan perasaan' terhadapnya.

Maaf ye teman, dari dulu aku dah cuba nasihatkan. Kau sekadar mengangguk perlahan. Dan kini, apa yang aku mampu lakukan, hanyalah sekadar menjadi peneman setia kala kau perlu tumpahkan tangisan.

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!