Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

11:09 a.m. - 2005 Januari 14
Salam Aidiladha..

Air-cond, kipas, lampu, computer semua nyala cam biasa.

Tapi bila budak printing call bagitau Selangor, Melaka and Johor takde letrik, aku pulak rasa cam terkena electric shock. Mana taknye, kami hantar materials for printing dari hari Isnin lagi. Dan kenapa baru sekarang nak hantar buat film lah, mesin kampus takde yang boleh buat film, printing je bole.. dan segala macam alasan lain. Sikit lagi aku nak ngamok. Takkan TNB tak bayar bil plak kot.

Bila letrik dah ada, bebudak tu call lagi. Tanya pasal source file untuk semua design. Aku makin hangin. Mana tidaknya, dah lebih 5 kali aku ulang naik turun dari tingkat 1 ke tingkat 3 sebab dierang. Tak reti ke cakap awal-awal? Dari last week lagi dah remind, nak apa-apa inform awal-awal. Payah bila last minute segala macam masalah menjelma. Students dah start balik kampung hari ni. Jadi newsletter tu nak by today jugak. Kau tak paham-paham lagi ke? Orang nak bagi kau untung pun kau tak nak.

Dah tension dengan dierang, aku tinggalkan je camtu. Baik pegi dating ngan kimi. Tapi last minute, dia pun kensel. Ni gara-gara aseb la ni. Suka ye buat benda-benda last minute ni. Tapi tak keysa pun. Takde efek kekal. Pastu bile jumpa nak pass makanan yang di tapau, dia dok ngadu pasal kanot yang suka bukak tingkap waktu tidur. Habis nyamuk menyerang bilik dierang. Apa la kanot ni. Nak kene piat eh? Dah tau musim denggi sekarang ni, lagi nak mengumpan nyamuk plak. Kan dah demam. Jangan lupa minum 100 plus bebanyak. Dapat prevent denggi. Ini kata doktor bertauliah bukan kata doktor siti.. ;p

Oh ye, aku dapat hadiah birthday dari pakdi. [yay!] Pelik kan, birthday dia yang baru lepas, tapi aku plak dapat “super duper belated birthday present”. Heh.. Thanks for the book. Memang ia akan berguna satu hari nanti. Tapi saya masih lagi tak punya masa to cuddle with books at the moment. Banyak pinjam segala macam buku yang rasa menarik. Tapi aku ni kalau dah sekali ngadap, tak toleh benda lain. Tu yang payah. Baik jangan start dulu. Kalau tak, kerja lain semua kena tunggu la jawabnya.

Balik bilik sambung buat kerja yang tak pernah sudah. Baru kul 1am, mata dah mula layu. Aku sekarang dah takleh tidur lewat. Paling lewat kul 1am tu adalah limit. Walhal sebelum ni bole je tidur kul 3 4 pagi. Tapi maybe sebab energy dah banyak habis seharian dari pagi sampai malam, tu yang takleh nak maintain cam dulu. Jadi kalau ada orang miss call, call or sms pada waktu selepas 1am, memang aku dah tak sedar apa la jawabnya.

Juga, pesanan untuk seseorang, bukan aku tak mahu jumpa. Cuma aku tak mampu. Payah bila ia melibatkan masalah hati orang lain juga. Kan aku pernah kata: kalau ada perselisihan yang melibatkan hati, aku rela undur diri. Ingat tu dan sematkan dalam hati. Semoga ini menjawab segala persoalan dari kamu.

Hari ni sampai 24hb dah start cuti. Tak tahu lagi nak balik mana. Mak suruh balik Johor, Tok Ngah call ajak naik Terengganu. Tok Mama ajak teman kat Taman Tun. Makcik ajak datang Ipoh. Aki ajak balik Pahang. Kot nak adil untuk semua orang, aku tak balik memana. Aku stay kampus je la. Lagipun subjek banyak nak kena study, belum campu kerja society lagi.. Adusssssss…

Apa pun, Selamat Menyambut Aidiladha buat semua..!

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!