Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

11:15 a.m. - 2005 Januari 11
suka ria sukarelawan negara

Sukanya saya.

Gembira sungguh menjadi sukarelawan negara. Tapi entah mengapa, gambar-gambar sensasi yang dirakam, hilang begitu saja. Mungkin kerana ia terlalu sensasi, jadi tak sempat nak dikongsi di sini. Walhal, kak zila, faheem dan zarifi dah tengok pun gambar tu sebelum di updet ke dalam entri..

Sebenarnya, apa yang di‘adu’ pada pakdi itu lebih bersifat peribadi. Tapi tak sangka bila aku call mat jan, dia dah tahu cerita di awal pagi. Tentang betapa gemilang, cemerlang dan terbilangnya t-shirt kami.

Oh, kami menerima RM22.00 sebagai duit belanja. Kurang 50sen untuk cukup menjadi mas kahwin bagi orang Johor. Kudrat yang diguna sekadar 3 jam sahaja. Baki masa seterusnya, bebas untuk lakukan apa saja.

Sempat lah berehat di resort, jalan-jalan di tepi pantai, mengurat awek form 2 yang mengajar teknik melakukan rebonding, berkenalan dengan pakcik peniaga rojak buah, makan ais krim, makan burger, minum lewat malam di gerai sambil tonton tivi, bersembang dengan nelayan, dan segala macam aktiviti bebas yang lain. Ditegur pula oleh ahli geju sewaktu baru sudah mandi. [aku pakai t-shirt gengjurnal waktu kat sana], tak sangka jumpa blogger lain dari Kampar.

Itu pun, ada juga dengar keluhan dari sukarelawan lain, tentang betapa tak selesanya tidur di resort tanpa bantal dan tilam. Oh, mereka tentu lebih arif dengan keselesaan menjadi sukarelawan sebelum ini.

Seronok kan..? Lepas ini, kalau anda berhasrat mengikuti cuti-cuti Malaysia secara free, jangan segan silu untuk mengikuti rombongan sukarelawan negara. Tempat penginapan dan pengangkutan dah sedia, pakaian dan duit belanja mereka sponsor, dan baki lainnya, kita bebas lakukan apa saja.

Oh, aku nak sign up nama, untuk jadi ahli tetap seumur hidup “sukarelawan negara” tercinta. Kalian, buat apa tercengang saja, jom sertai sekali..!

p/s: happy birthday buat pakdi, K.E dan Siti Nurhaliza.. :)

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!