|
11:25 a.m. - 2005 Febuari 8 Dalam pada kecoh-kecoh tu, biasa lah.. pelbagai cerita yang ditokok ditambah. Macam kau makan dekat warung; pelbagai perencah ada. Jalan atas benang lah, tak boleh jejak tanah la, hilang sekelip mata lah.. Kebetulan kat opis, aku bercerita pada faheem tentang kes tersebut. "Kenapa tak report pada polis?", spontan soalan itu keluar dari mulut dia. Eh kejap. Aku yang salah cerita, atau dia yang memang blur? Orang minyak boleh ditangkap polis ke? Lepas diselidik kembali; sah dia tak faham apa itu orang minyak. Maklumlah, kawan yang seorang ni lahir pun kat oversea. Agaknya dia ingat orang minyak ni nama gerakan jenayah macam along, geng mamak semua tu kot. Alahai faheem..
|