Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

11:31 a.m. - 2004 September 4
Sibuk or Menyibuk..? Hmmm..


Lokasi: Bilik Operasi MPP
Tarikh: 3 September 2004

Handphone berbunyi.

“Boleh saya bercakap dengan orang paling sibuk kat iiu?”

Aku gelak besar. Kemudian pemanggil tu sambung lagi;

“Atau dia masih sedang sibuk sekarang?”

Ya! Kau memang tepat dalam meneka keadaan aku. At that moment, aku sedang berurusan dengan kak tam, sedang put on hold 2 calls dan ada 2 lagi call dalam mode waiting di talian. Pada waktu itu juga, tazril dan amani sedang tunggu aku di bawah. Atas urusan PTD tazril. Dan juga, buaya professional sudah menunggu di luar, untuk pulang bersama.

Aduh..

Aku ada 2 program rasmi dan banyak urusan tak rasmi semalam. Dari pagi badan rasa tak berapa sihat akibat batuk sepanjang malam. Bila makan, asyik muntah semula. Memang doktor dah bagitahu, akan ada sedikit tindakbalas bila makan ubat yang diberi. Tapi ini bukan sikit, ini dah melampau. Langsung tak boleh makan makanan berat. Oppss.. Jangan salah sangka ya, aku bukan makan ubat d.i.e.t. In fact, I never believed in those crap.

Awal pagi dah buat appointment dengan doktor menyebabkan aku terpaksa skip mid-term exam jam 8pagi. Nasib baik ustazah boleh tolerate. Kemudian pulang ke kampus terus ke SRC office. Sebenarnya dari malam sebelumnya lagi dah kena berkampung di office. Kerana segala laporan perlu disiapkan sempena majlis perletakan jawatan 7 Sept nanti. Tapi aku lari balik awal. Dan kini terpaksa membantu kerja-kerja final touch sebelum annual report dihantar untuk printing.

Naik turun office Deputy Rector semata-mata untuk tunggu foreword speech dari dia. Senang la kau ye, tangguh kata nanti dulu. Sedang kami sudah tak punya masa. Payah deal dengan orang ‘besar’ kat dunia ni. Kalau kau sibuk, kami juga sibuk. Cuma kau patut ambil tindakan yang terbaik; yang memudahkan semua pihak.

Jam 12.00 tengah hari ziki datang office dengan berita gembira. Imam besar masjid Mekah al-Mukarramah bersetuju menjadi imam untuk solat jumaat kali ini. Sayang, aku ‘tak boleh’ turut serta. Terasa rugi sangat. Tapi nak buat camna kan? Lepas solat jumaat dapat panggilan dari yaabbna. Ingat nak makan saing tapi tak jadi. Dan ye, kau ada dating kan nanti? Hati-hati tau.. Bak kata cik tipah aku tak ngaku kawan kalau kau ternoda. Muehehe.. ;p

6.00 petang technician datang mengadu masalah laptop tak mahu connect dengan LCD. Oh, aku baru teringat, jam 8malam ini ada program “Career Talk”. Kami menjemput Editor: Mdm Ameenah Sidiqi, Journalist NST: Mr Fazli Ibrahim dan Manager Continental Sime Tyres: Mdm Roslina Abd Manaf sebagai speaker untuk bakal-bakal English graduates di universiti ini. Dah lah aku bertugas sebagai Program Coordinator.. Aduhh..

7malam, alhamdulillah akhirnya kerja editing annual report selesai. Berlari pulang ke bilik untuk bersiap ke program. Syukur juga semua berjalan lancar. Tak sempat habis program amani call, menjemput untuk ke next program. Farewell dinner untuk group usrah kami. Dan juga, cill beritahu yang dia dah menunggu.

Aku sibuk. Tapi aku tak mahu sampai mengetepikan rakan-rakan lain. They are my life. And I will put them above anything else. Jadi aku jumpa din, janji untuk jumpa jam 11malam nanti. Dan kemudian aku ikut amani ke farewell dinner. Dinner pun aku tak dapat turut hingga ke hujung acara. Kerana jam dah tunjuk angka 11.22malam, sedang janji untuk jumpa din di tempat lain pula. Semasa meminta diri untuk pulang lebih awal, aku diberitahu telah dilantik menjadi ketua usrah untuk sem akan datang. Pulak dah.. Sebelum ni, dilantik sebagai secretary blok penginapan pun aku tak pernah tahu. Bengang betul.. The very least you should do is to seek for my permission first! Amanah dan tanggungjawab tak semua orang sanggup terima dengan begitu mudah. Aku menolak atas rasa tak mampu untuk tanggung dan jawab, tapi kau berdegil.. Lantak kau lah..

Bila turun ke cafe, din dah tiada. Aku assume dia dah pulang kerana dah lewat 22minit. Naik semula ke SRC office dan pada waktu itu juga dapat panggilan dari pemanggil di atas tadi. Ben, I do appreciate your call. [Sebab dia ni payah betul nak telefon orang] Dan sebab itu aku suruh kau telefon semula jam 12.30malam nanti. Cause I know, kalau dia yang telefon, pasti ada ‘sesuatu’. I never been wrong in judging u kan? Huhu~ Congrats! [convocation and new person in ya life]. Doa aku adalah yang terbaik untuk setiap kengkawan aku. And do pray for my well being too eh.. :)

Dan ya, hari ni pula rombongan menonton Puteri Gunung Ledang akan berangkat mencemar duli ke GSC Midvalley. Kalau dulu aku bawa 13 orang pontianak [bak kata MBA], kali ni aku bawa 16 orang puteri dan Hang Tuah pula.. :)

Oh, ada orang yang menjemput aku menjadi event organizer untuk hari bersejarah dia. Nanti aku fikirkan dulu ya? [payah bila tersepit antara tugas dan rakan ni] Sebab aku juga punya satu lagi majlis besar by end of December nanti. Bagi aku masa.. Dan jika aku menolak, harap kau tak kecewa. Tolong faham situasi aku, juga masih ramai yang patut kau beri peluang untuk mencuba di luar sana.

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!