Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

5:23 p.m. - 2004 September 27
Seludup..


Tak pernah dalam sejarah aku sampai sebagai orang pertama untuk kelas BM Kerjaya jam 8pagi. Dan pada hari ini aku mencipta sejarah. Lebih best lagi bila aku lupa ada presentation ucapan umum. 10 minit. Tajuk yang ditulis di whiteboard pun rekaan pada waktu tu juga. Tentang dunia hiburan tanahair yang makin melampau. Huhu~ I'm really talented in speaking without any preparation [baca: riak ni..]. Especially bila bab terlampau dan melampau ni. Cuma, ada jugak nervous sikit.

Jam 11pagi, alhamdulillah menjawab exam dengan begitu seronok. 30 markah. Dan aku yakin dapat tinggi. Nak cover first exam yang langsung aku tak baca dulu. Lagipun, subject Phonetics & Phonology ni memang kegemaran. Aku bukan sekadar baca untuk periksa, tapi memang aku baca kerana ilmu yang disedia. Suka gila.. :)

Petang, kami kena register subjek untuk semester depan. Keluar dari bilik jam 2petang. Pergi General Lab IT, penuh. Berjalan ke library, pun padat. Pelajar yang menunggu lebih ramai dari yang sedang menggunakan komputer. Menapak pula ke ICT department. Juga sendat dengan manusia..

Aduh.. kaki dah letih berjalan..

Ada kawan cadang online dari cyber cafe luar. Malas la pulak. Dan pada waktu itu aku teringat pada seorang teman. Yang bekerja di sini juga. Yang menjaga lab Kuliyyah Engineering..

Tangan dail nombor 016-246****.. :)

Hohoho.. Aku dah dapat mangsa. Untuk dipergunakan pada saat yang begitu memerlukan ini.. :) Dan aku angkut semua kaum kerabat yang lain bersama. Siap sesat lagi sampai ke department architecture. Dan berjalan semula ke department science. Malu jek.. Tapi itu tak penting. Yang penting dapat register subjek. Tak payah susah-susah buat manual nanti.

Tu la, lain kali korang semua rerajin sikit explore kawasan. Baru senang nak berjalan. Takde lah orang lain dok pandang semacam.. heh..

Credit goes to yaabbna [yay!] yang sanggup menyeludup kami tujuh orang ke lab bio tech.. Huhu~ Terima kasih daun keladi. Lain kali boleh kami ke sana lagi..

Ye lah nanti aku belanja ko makan. Tapi aritu ko hutang gak nak belanja aku makan kan? Ko belanja aku dulu. Pastu aku belanja ko plak.. Amacam..? Heh heh..

p/s: aku ingat nak letak title cik abang yang baik hati kat atas tu. tapi kensel. sebab aku tau nanti ko riak tak bertempat.. ;p

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!