|
10:28 a.m. - 2005 September 23 I LOVE YOU Eh, aku bercerita tentang kawan perempuan ya. And I’m not lesbian. Jangan fikir bukan-bukan pula. Aku kesal. Apa yang aku lakukan adalah untuk buat kau faham. Tak guna menanti sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang jika lebih lama dipendam simpan, lebih dalam ia menikam. Sebagai seorang kawan, memang aku bertanggungjawab memujuk, membelai, mendengar segala keluh kesahnya. Dan atas dasar persahabatan ini juga, aku tak mahu berbohong. Kau minta pandangan, dan sejujurnya aku berikan segala apa yang aku perhatikan. Dari kaca mata seorang teman. Yang mahukan segala yang terbaik untuk kau di masa depan. Bukan membiar kau di lembah kehancuran. Ya, setelah apa yang aku perkatakan, kau kata begitu. Kau kata aku berubah. Memang. Memang aku banyak berubah. Tapi manusia takkan boleh menjadi lebih baik andai takut nak maju ke depan, kan? Dan manusia juga akan berubah kerana mengejar masa. Sedarkah kau, kita tak punya banyak masa? Memang payah untuk terima hakikat. Lebih-lebih lagi yang kita cuba nasihat ini perihal berkait rapat dengan emosi. Yang buat semakin sukar untuk menjelaskan bilamana dia adalah kawan sendiri. Silap cakap, dia kecil hati. Salah susun ayat, dia kata kita back stabber. Sedang yang cuba kita sampaikan adalah kenyataan. Cuma kerana ia bertentangan dengan kehendak dan acuan, maka dia enggan terima. Malah terus menuding jari menyalahkan orang-orang ini yang cuba memberi pedoman. Aduhai.. letih menjaga hati orang lain. Hati sendiri yang terluka. Sebetulnya aku tak pernah letih untuk melayan kerenah sekalian teman mahupun buaya ternakan. Aku takkan minta balasan. Cukup dengan memahami tindakan aku sekadarnya. Fahamkan, dan segalanya akan lebih jelas untuk kau timbang tara kan. How I wish she could read this. Yeah I know.. A wish will just remain as a wish.. … p/s: happy birthday buat amrah for tomorrow. sorry lah.. tetiba ada nuqaba' training plak.. hehe.. ure getting older. yet im da one whos remain younger forever.. ;p
|