|
12:14 p.m. - 2004 September 14 ![]() Aku menemani adda kecik dan amani ke Pusat Aktiviti untuk mendengar final announcement nama calon yang akan bertanding di kampus Taman Ilmu dan Budi ini. Sempat juga beramah mesra dengan calon sokongan mereka. Pernah menjadi jiran waktu di sekolah dulu rupanya. Waktu sedang sibuk bersembang, ‘seseorang’ memanggil aku dari belakang. “Terus terang aku cakap, aku tak bertanding untuk mana-mana parti. Aku bertanding atas diri sendiri,” kata dia dengan muka yakin [baca: pancing undi la ni]. ![]() Budaya politik di kampus ini agak ‘pelik’ aku kira. Kau tak dibenarkan bertanding secara berparti, maka kau perlu lakukan segalanya atas nama diri sendiri. Oh, ini masih belum pelik lagi. Tapi bila kau baca risalah dan pamplet yang diedar, dengan berani kau nyatakan orang sekian adalah calon dari parti kau. Dan si polan pula adalah dari parti lawan. Kiranya, kami di sini juga tak terlepas dari dilabel sebagai parti aspirasi dan pembangkang. Cuma namanya dikaburi dengan nama lain. Calon sendiri tak mengaku, tapi kau pandai-pandai sendiri melabel begini begitu. Tak malu kah kau? ![]() Atau mungkin aku yang silap menilai? Mungkin juga. Kerana aku masih setahun jagung di sini. Belum familiar dengan keadaan realiti politik kampus induk ini. Tapi ingat, pada pilihanraya kali ini aku bertindak sebagai pemerhati. Jadi apa yang aku nyatakan adalah daripada my own point of view. Kalau kau punya pendapat berbeza, tak usah buang kudrat dengan berbalah. Pergi main jauh-jauh dan tulis pada blog kau sendiri. Kadang tu, tergelak juga melihat gelagat mereka yang dipujuk untuk mengundi ni. Ada yang senyum manis, muncung sekaki, buat tak endah. Dan paling buat aku rasa gelihati apabila ada pelajar yang 'marah' apabila orang yang berkempen tu tidak berkempen untuk course sendiri. Senior kami dengan bengang menyalahkan amani kerana tolong kempen untuk calon dari course lain. Haha.. Come on lah, we're not voting for the course. We're voting for the candidates. Siapa yang nampak kredibiliti, dan ada tokoh untuk memajukan pelajar, itu yang akan kami pangkah. Ada calon yang waktu pilihanraya baru sibuk tayang muka, mencari kembali rakan-rakan yang pernah sebilik dahulu, anak-anak usrah, teman sekelas.. Mungkin aku tak faham. Kerana bukan aku yang bertanding. Tapi aku memang tak pernah bercadang untuk bertanding pun. Kerana aku tak rasa mampu untuk tanggung dan jawab dengan jawatan yang akan dipikul nanti. Aku masih sertai mereka. Cuma dengan memberi sokongan dari belakang. Cukup setakat itu. Dan kau yang mendabik dada mengarahkan pelajar supaya mengundi kau ini, ingatlah satu perkara; amanah itu tak pernah mudah. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakannya. Apa pun, tahniah pada calon yang akan bertanding. Setidak-tidaknya, satu kaki kau dah ada didalam. Cuma tinggal satu kaki lagi. :) ![]() Buat teman dan dia yang akan bertanding esok hari, aku ucapkan selamat maju jaya. Moga kehadiran kalian dapat memperbaiki dan membela nasib para pelajar sekalian. Insya-Allah.. :)
|