Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

5:27 p.m. - 2004 Oktober 9
RM 1,297.22

Hari-hari telefon berdering.

Dan panggilan dibuat dari Maxis Centre.

Waktu aku dalam kelas, sedang discussion, tengah consultation, sibuk menelaah di library.

Aku faham.

Kau hanya jalankan tanggungjawab. Ingin minta jelaskan tunggakan bil selama empat bulan yang dah mencecah angka RM1,297.22 itu.

Kan aku dah kata; malah aku dah beri kau nombor telefon orang yang wajar kau hubungi. Aku memang tak tahu-menahu langsung tentang hal ini.

Tapi kenapa masih ganggu aku lagi?

Bila aku telefon si pengguna, pelbagai alasan diberi. Tak balik kerja lagilah, sibuk dekat office lah, tak sempat nak jumpa lah.

Aku menyampah!

Dan hari ini bila aku menjejak kaki sendiri, deal dengan lawyer Maxis atas kesusahan yang kau dah beri, kau langsung tak berterima kasih pada aku.

“Lahai.. kenapa tak bagitahu pagi tadi? Boleh saya datang central sendiri..”

Kau salahkan aku kerana “bertindak melulu” tanpa beritahu kau terlebih dulu. Sedangkan kau, langsung tak hirau dengan timbunan surat yang dah berlambak bawah pintu.

Siapa aku di mata kamu? Kau patut bagitahu aku segala duduk perkara tanpa perlu selindung itu ini dari aku. Di mana hak aku?

Aku dah cuba bantu selagi termampu, kau kecewakan aku dengan sekadar membatu. Buat-buat tak tahu dengan apa yang dah berlaku.

Biarlah.. setakat duit tu aku masih mampu bayar dahulu. Sama ada kau nak bayar balik atau tidak, terpulang.

Aku dah lama berjauh hati.

Cuma…

jangan cari aku di padang Masyhar nanti..

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!