Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

12:59 a.m. - 2004 Oktober 4
Bujang Senang Yang Takkan Senang
Janji dengan ayong nak bagi kad hari ni. Tapi sebab mengalami proses hibernasi yang agak pelik semalam, jadi tak sempat nak tolong siapkan tempahan kad jemputan pada para pengadil projek Biostats nya.

Alhamdulillah badan rasa makin selesa. Time aku sakit, time tu semua kawan takde. Ramai yang dah balik bercuti dulu. Lagipun, ni kali pertama revision week kami lebih dari seminggu. Selalu 2 atau 3 hari je sebelum final. Memang malang nasib aku.. :(

Petang baru boleh bergerak sana-sini. Jadi ajak adda accused ke Wangsa Maju nak beli materials kad tempahan ayong. Kenapa accused? Sebab kawan aku ada dua orang nama adda. Sorang adda hakim, jadi lagi sorang adda accused la kan? hehe.. [jangan marah adda, nanti cepat tua]

Puas juga aku hasut adda beli 2 pasang kasut. Ye lah, orang bukan boleh ada duit lebih sikit. Mula lah semua nampak nak belanja kan? Dan misi aku berjaya. Mua hua hua. Takpe, kalau kau tak nak pakai, aku boleh tolong pakai kan. Sebab tu aku suruh kau beli dua. Harta kau, harta aku juga kan? Mua hua hua..

Kemudian, aku telefon sorang member ni. Ajak join sekali. Lagipun dia tak makan lagi. Memang aku pernah janji nak belanja dia pun. Dah kebetulan kat luar ni, boleh tunai janji. Dia datang dan kami memilih port sesuai untuk berehat-rehat sambil berhikayat.

Setelah lebih kurang sejam bersembang, aku dapat mengesahkan sesuatu. Tak syak lagi dia ni spesies buaya juga. Cuma oleh sebab dia ni berbeza sedikit, lambat aku nak mengesan. Yang ni jenis agak ‘liar’ juga di sebalik kejinakan yang cuba ditonjolkan.

Bila dikaji, diselidik, aku dapat pastikan dia ni kategori bujang senang. Spesies macam ni dah tak banyak. Tapi oleh kerana jumlah sedikit lah yang menyebabkan dia lebih merbahaya. Ini bukan spesies terancam. Ini spesies yang akan mengancam. Berhati-hati bakal-bakal mangsa kat luar sana. Takut ada yang terpedaya dengan taktik ‘tarik tali’ dan ‘gantung tak bertali’ oleh dia ni.. ish ish ish.. [geleng kepala 40 kali]

Oh. Aku tahu, bukan semua yang ditilik tentang buaya-buaya ini benar belaka. Kerana itu juga aku tak pernah memaksa buaya-buaya ini untuk berkelakuan mengikut kehendak aku. Malah tak pernah pula aku bersekongkol untuk mencarikan mereka mangsa seterusnya. Kalau dia mahu hidup seperti buaya, teruskan. Tiada siapa menghalang. Tapi pesanan untuk si bujang senang ini, jangan terlalu bersenang-lenang. Takut esok lusa kau ‘terjatuh’ dalam lubang yang penuh dengan perangkap tajam. Dan pada waktu tu, aku mungkin tak mampu nak bantu kau lagi.

Atau, bilamana kau rasa dah menemui seseorang yang ingin dijadikan ‘suri’, yang betul-betul memiliki ciri-ciri wanita sejati, tapi di saat akhir tiba-tiba dia mengundur diri. Sekarang kau tak rasa lagi, sebab tu dengan angkuh kau boleh kata yang kau sangat menanti saat itu. Cuma, jangan menangis di kemudian hari kalau ia benar-benar terjadi.

Sebab aku dah pesan, dan sematkan ini baik-baik dalam ingatan; sekali kau aniaya orang, sepuluh kali balasan yang kau akan terima kembali. Bila, di mana dan bagaimana? Itu bukan dalam bidang kuasa kita untuk menentukan..

:)

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!