Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

12:16 p.m. - 2004 November 27
Alahai mak..

"Bila cuti lagi?"

Mak tanya waktu telefon tadi. Alahai mak, belum start kuliah pun lagi, mak dah tanya pasal cuti.

"Dulu, ingatkan dah beranak ramai ni takdelah mak sunyi dok rumah sesorang..", dia menambah.

Err.. ala mak. Bukan emma tak nak balik. Memang suka sangat balik rumah, boleh tido, tengok tivi, dengar mak membebel.. cuma masalahnya cuti tu takde. Lagipun ni baru je bukak semester baru, belum daftar pun lagi.

Abah memang dua minggu sekali baru balik ke rumah. Adik-beradik lain pula semua dah daftar ke kampus masing-masing. Even yang paling bongsu pun baru je kami hantar daftar di Kuantan tempoh hari.

Jadi, tinggal lah mak seorang diri.

Oh aku tahu, nanti kalau aku dah kawen, aku nak anak lagi ramai dari anak mak. Harapnya, kalau separuh dah masuk universiti pun, masih ada separuh lagi kat rumah jadi peneman di kala sunyi..

Takpe mak, tunggu dapat cucu nanti, takde lah mak sunyi lagi..

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!