Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

11:20 p.m. - 2004 November 23
Salah Interpretasi

Result last sem dah keluar.

Alhamdulillah, berjaya improve GPA dan CGPA.

Aku bersms dengan beberapa teman tentang result. Ya, memang aku gembira sebab result kali ni lebih baik sedikit dari sem lepas. Tapi yang tak puas hati tu mesti tetap ada kan.

Aku cuba nak berkongsi rasa dengan orang lain. Tentang dua tiga subjek yang buat aku kecewa. Sebab target dapat A, tapi sekadar dapat A-. Dan memang aku tahu pun di mana salah silap ketika menjawab tu. Sebab sehari selepas final paper tu, aku berjumpa lecturer terus untuk berbincang jawapan. Bukan over confident, tapi sebab tak senang duduk dan tak sedap hati memikirkan soalan dan jawapan yang ditulis waktu peperiksaan.

Tapi bila aku cuba meluah rasa hati dengan teman, banyak pula yang salah interpretasi. Aku tak berniat untuk 'kerek' jauh sekali nak menunjuk bagus, tapi sms balasan kau berjaya buat aku berkerut kening.

Payah nak berkongsi dengan orang yang tak memahami. Mungkin aku tak patut menyatakan apa-apa pada mereka. Mungkin juga lebih patut aku sekadar berkongsi dengan ben seorang. Cukup ada dia untuk memahami segala situasi, tanpa perlu aku rasa bersalah risau dianggap berlagak atau entahpepe..

Apa pun, sem baru dah nak buka, selamat pulang ke kampus buat teman-teman. Apa lagi, sambung beraya dari bilik ke bilik pula la jawabnye.. hehe..

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!