|
11:07 p.m. - 2004 November 15 Tapi bila dah jumpa Pak Ngah di Parit Raja, Batu Pahat, lain pula ceritanya. Dia baru pulang dari Jepun. Berdiskusi tentang mentaliti masyarakat Malaysia yang jauh ketinggalan dari sikap penduduk negara maju matahari terbit itu. Konon nak membangun macam mereka, tapi..? Sampai 2020 pun belum tentu kita boleh maju seperti mereka sekarang. Bayangkan, teknologi kita sekarang hanya setanding dengan teknologi mereka pada zaman 70-an. NATO. Itu gelaran mereka pada penduduk ASEAN. No Action Talk Only. Kalau kita di Malaysia? Pentingkan gaya dari segala-galanya. Selagi sesuatu isu tak dikeluarkan dalam berita, selagi itulah tiada tindakan. Yang mereka lakukan sekadar menjanjikan siasatan. Sampai bila nak siasat kalau tindakan tak dibuat? Kalau kes artis, wah.. cepat pula bertindak. Berlumba-lumba menaja itu ini kononnya atas dasar ehsan nak membantu. Dan kalian kat luar sana. Ikhlaskan hati dalam membuat apa jua. Kalau belajar, bukan kerana exam semata. Kalau kerja, jangan tak sabar tunggu waktu rehat dan balik sebab sekadar makan gaji buta. Kalau buat research, bukan sekadar demi nama. Jangan sibuk nak ada gaya saja. Selagi kita tak ubah sikap kita yang satu ini, sampai bila pun negara kita takkan maju.
|