|
12:38 p.m. - 2004 November 13 Sewaktu menapak untuk menaiki tangga ke tingkat atas, aku pandang ke kawasan pejabat di dalam. Tahu apa aku nampak? Dua orang pegawai lelaki, lengkap berbaju melayu (sebab semalam kan hari Jumaat), sedang duduk mengadap satu sama lain di meja yang sama. Pelik ke? Tiada apa yang pelik. Tapi apa yang mereka sedang lakukan di atas meja itu lah yang aku terasa sangat pelik. Mereka sedang main Mahjong. Bukan mahjong dalam komputer tu, tapi mahjong betul yang selalu tengok dalam tivi cina-cina kongsi gelap main untuk berjudi. Hai.. awak tu dah lah pegawai melayu, lengkap berbaju melayu sebab baru balik solat jumaat, bekerja di pejabat agama, dan dalam bulan ramadhan pula buat kerja macam tu. Lagi baik kalau kau isi masa lapang dengan berzikir atau mengaji.. Ish ish ish..
|