Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

6:12 p.m. - 2004 Mei 21
Lagi-Lagi Pontianak
Semalam rombongan menonton Pontianak Harum Sundal Malam berjalan lancar. Cuma amani je tak dapat turut serta pada saat akhir. 13 orang yang pergi; adda, atih, nadya, kayrun, aina, amrah, zura, ezzie, azlan, shap, piya dan neyu. Kami booking di GSC. Hawau punya TGV, call berpuluh kali asyik tak dapat. Aku tak suka menonton GSC, screen datar yang tak mampu beri impak maksima selain sound system yang lebih sikit dari home theater kat rumah aku je. Tapi nak buat macam mana, takde rezeki nak ronggeng kat TGV.

Pembukaan cerita yang menarik. Disusuli lagu Pulangkan nyanyian Misha Omar. Sinematografi juga best, disamping plot cerita yang diolah dengan begitu kreatif. Cerita ini dicipta bukan untuk menakutkan, lebih membawa penonton untuk berfikir apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Namun masih ada kelemahan yang tak dapat dielakkan. Baru tengah syok menonton, tak pepasal keluar Azwan Ali menyebabkan kami terpinga-pinga apa watak yang dibawa oleh dia. Tak sesuai betul Azwan jadi Sultan. Bagai ada yang tak kena. Patut ambil pelakon yang berwajah lebih klasik seperti M. Nasir ataupun Hani Mohsin. Sebaliknya kemunculan Azwan tak berjaya menghidupkan suasana di istana.

LPF potong banyak sangat sampai ganggu flow cerita. Tak masuk akal bila masuk rumah malam; belum sempat berlaku anything dah jadi siang. Ataupun ada bab jerit nampak benda pelik; baru tunjuk sikit dah habis kena potong sambung scene berikutnya. Hangen~ Menghalang kreativiti produksi je macam ni. Selain itu, setting memang dah kemas cuma nampak terlampau bersih. Tidak realistik sebab nampak sangat itu semua ialah setting.

Lakonan Maya Karin sebagai Meriam membuktikan kemampuannya untuk menghayati watak. Aku suka watak Meriam. Kuat, berpendirian tetap, tahu apa yang dia mahukan walaupun dia ialah seorang penari gamelan yang penuh lemah gemalai. Watak lain agak okay juga. Lagipun dah lama tak nampak Nanu berlakon. Jaga-jaga, mungkin Maya akan menjadi buruan ramai produksi selepas ini.

Kesimpulannya; aku bagi 77% untuk filem ni. Kalau tiada gangguan pemotongan yang melampau dari LPF, maybe aku bagi lebih. Berbanding dengan cerita melayu lain, kualiti arahan Shuhaimi Baba masih belum boleh ditandingi. Walau ia sekadar cerita Pontianak, ia tetap mengajar kita tentang sesuatu. Kalau tak, masakan ada kawan yang menangis waktu scene imbas kembali sebab Meriam menghantui Marsani. Bukan nangis kerana takut, tapi dia terusik dengan kepiluan dan penderitaan Meriam yang dibunuh secara tak sengaja. Pisau terhunus di perutnya yang sedang sarat mengandung; darah merah menitik memenuhi beranda jatuh ke atas bunga-bunga sundal malam di halaman..

p/s: buat adda sakura-chan kat ipoh, kami dah menyundal kat GSC. hang bila lagi? muehehehe.. :p

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!