|
10:08 p.m. - 2004 Mei 18 Rizal dulu menghantui lagi. Mengganggu privacy aku setelah sekian lama dia menyepi. Kalau dulu perempuan telefon dok maki-hamun mengatakan aku menyembunyikan Rizal dari dia, kini lelaki pula yang menelefon mencari si Rizal. Hai.. pening kepala aku. Siapa Rizal ni? Kawan-kawan kat sini mahupun ex-schoolmate dulu tak pernah pula ada yang bernama Rizal. Ish.. Aku baru pakai nombor ni kurang sebulan, dah kena macam ni lagi. Aku call Hotlink tanya whether nombor ni recycle ke apa. Sebab aku beli secara sah starter pack harga mahal kat kedai. Tapi kalau privacy masih terganggu apa guna beli nombor baru? Tapi malangnya banyak pula procedure itu ini nak ke department sana sini untuk di check. Leceh!! Ni yang mula naik hangin ni. Nasib baik hari ni ada 2 final paper, so tak sempat nak walk-in sendiri ke Maxis Centre. Baru bercadang nak activate another new number dengan Maxis, tapi kalau urusan kecil begini pun mereka tak dapat nak tangani; baik aku tukar pakai TMTouch semula. Tension betul! Setakat ini under nama aku dah ada 3 Hotlink number, 1 principle line with 3 full-used supplementary number dan aku bercadang nak tambah satu principle line lagi. Apa ni Maxis? Kang aku stop semua immediately, company kau jugak yang rugi!
|