Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

2:43 p.m. - 2004 Jun 3
Cuti & Tour Sana Sini... wohoo~
Salam semua. Sekarang ni musim cuti-cuti Malaysia. So, aku nak balas dendam pepuas sebelum kena lenjan dek kerja i-Fest yang tak setel lagi..

Sebelum ni aku ke Melaka, then sekarang di Terengganu. Malam ni atau pagi esok nak ke Kelantan. Dan seterusnya aku akan memanjangkan lawatan ke Kedah, Penang, Pahang dan Ipoh sebelum balik ke KL semula. Gambar akan di upload kemudian ye. Sekarang tak sempat. Seronok travel sesorang ni. Keputusan semua kat tangan kita, tak payah pening nak plan itu ini. Ikut je kaki untuk melangkah pergi.. :)

Mat Jan ada pesan suro mai Kedah 12jun. Ada gath geju utara ye? Insya-allah kalau by that time aku kat sane, aku call hang untuk turut serta. Meer mana hilang? Saya nak naik Penang ngan Kedah ni takmo jumpe ke?

Okay, ni balasan segala contengan korang kat gesbook. Aku jawab semua kat sini. Orait? Sebelum tu, doakan perjalanan aku selamat pergi dan pulang dalam semua destinasi yang aku nak tuju. Best jadi lone ranger ni, tapi kekadang seram gak. Doakan aku ye. Dan aku doakan kalian selamat dalam apa jua yang korang buat sekarang.. Take care dude~

alqas: a'ah lagu memang seram. haunting gitu. dah le lirik penuh dendam kesumat. tapi kalau dah tengok citernye, rasa sayu plak. sian kat meriam tu haa.. kawan aku sampai nangis tengok cite tu. bukan sebab takut antu, tapi sebab terlalu mendalami penderitaan meriam. dan one more thing, aku tak hilang.. sihat walafiat ni ha.. :)

kak g: hehe, baru khamis lepas emma gi melaka. dino ade kat sane gak kan? tapi takmo la kacau kak g yang sibuk sentiasa ni. ingatkan nak singgah gak tapi dah jatuh chenta kat tanjung bidara. tu tak jadi datang.. insya-allah ada rezeki sampai la saye ke KLD akak tu.. :)

mira: hehe. siapa posmen yang mira nak lantik tu? ;p

paichowan: err.. kureng faham ngan maksud ko. maklumlah, baru sekarang berkesempatan online.

ctzie: w'salam, alhamdulillah akak sihat. btn tu dulu aku pergi kat gunung pulai. kene lenjan teruk 7 hari kat sana, tapi memang tak dapat dinafikan bila nak balik rasa susah plak. semua pengalaman tu simpan elokČ untuk panduan masa depan..

langkawi: salam perkenalan. meramaikan taulan tu sama juga dengan meluaskan pandangan dan menambahkan pengalaman. tak gitu? ;p ape pun terima kasih atas lawatan moga ukhwah virtual ini semakin erat terjalin antara kita..

fiddeen: selamat menyinggah juga, dan salam perkenalan kembali. :)

x: oh belum lagi. aku masih manusia lagi. ;p cuma sibuk dengan cutiČ malaysia sekarang ni..

tokei pajak: a'ah ek. tapi bukan double standard la. tu taktik si pontianak untuk memikat mangsa. bukan ke laki ni pantang nampak pompuan lawo. kot pontianak ni menjelma jadi muka tembok pecah, takde la laki nak sangkut kat dia. payah plak dia nak 'cari makan' nanti.. heh heh heh..

wkdin: emma naik around 24 jun nanti..

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!