|
10:56 a.m. - 2004 Jun 28 Dia bukan sahaja buaya, malah dia juga adalah serigala, musang, siamang, umang˛ tak lupa juga beruang yang sangat miang! Kalau sekadar sesekali nak sms tanya pasal amani tu boleh lah aku ampunkan lagi. Ini tidak, dari amani berpindah pada ateh pula. Tak cukup sekali dua, berduyun message dihantar hanya nak cerita pasal ateh. Hello awak.. kalau dah ada nombor henpon ateh, apa perlu dok tanya sana-sini kat saya lagi. Terus je la tanya sama tuan punya diri. Semalam dah bagi can cakap sendiri tak puas lagi? Atau awak nak saya arrangekan agar korang berdua boleh dating di tempat privacy? :) Ohh lupe.. awak kan tak berdating.. Gitu ye? :) Saya bukan menulis sebab cemburu. [Oh pleaseee… that’s soooo not me okay?] Cuma saya bengang bilamana dapat sms yang tak patut saya baca. Stop asking me bout her, when u know u can ask her straight away, okay? Apa susah, nombor dah ada dalam tangan, sms je la tuan punya badan. Dan jangan memandai˛ nak sebut nama saya pula bila sms dihantar pada dia. “Ada jejaka yang takut-takut memulakan langkah. Takut si gadis tolak. Malulah kalau orang lain tau yang dia gagal pikat si gadis.” Tapi macam mana pula kalau si jejaka itu tak paham bahasa dok cerita pasal si gadis pada gadis yang lain? Tidaklah sampai menyampah, cuma geram tu tetap ada. Sebab apa perlu menyusah diri, membazir kredit dok telefon dan sms pada orang yang salah? :) Dan lagi, saya juga bukanlah lab rat untuk awak uji sejauhmana populariti diri di dalam society. :) Pesan saya untuk awak, berhati-hati bimbang akan ada orang yang terluka nanti. :)
|