|
9:04 p.m. - 2004 Jun 23 23/06/04 | 05:42PM Aku tersenyum membaca sms tersebut ketika di Pasar Seni petang tadi. Dia buaya? Atau kau pun sama? :) Kawan aku yang sorang ni, amani namanya, memang cantik. Kami yang perempuan pun payah nak lepas pandang, apa lagi kalau lelaki yang melihat dia. :) Pernah berlaku, dia diekori lelaki tak dikenali bila keluar seorang diri. Bukan sebab dia pakai baju seksi, atau mengumpan dengan barang kemas sana-sini.. tapi hakikatnya si lelaki tadi mengekori adalah kerana terpukau dengan kejelitaan asli cik kak amani kita. Bukan sekali, dah banyak kali sampai kami naik risau kalau nak lepaskan dia keluar berseorangan. Lelaki kan.. mana boleh nampak perempuan cantik ‘lebih’ sikit. Mula mahu ambil peluang. Tak percaya? Boleh kamu angkat tangan lelaki di luar sana, siapa yang berani mengaku melihat inner beauty terlebih dahulu melebihi kecantikan luaran si empunya badan? Kalau tak tidaklah aseb terpikat dengan asni yang gorgie, tidak pula adi cair dengan aina yang ternyata ayu, mana pula esham nak bermimpi kalau tiada shidah di sisi. Kan? Betul tak? :) Aku tak tulis begini kalau aku tak pernah melaluinya sendiri. Tapi itu cerita dulu lah. Zaman jahiliyah rambut panjang meliuk, melentok sana sini ketika sibuk dengan tarian yang kadangkala ada collaboration dengan Yayasan Warisan Johor. Bila nak buat persembahan, badan pun kena maintain. Baru kau dipanggil buat show ke merata tempat. Dan juga, aku dah banyak kali jadi saksi, si lelaki lebih mudah ‘dilentur’ kalau kau perempuan yang cantik fizikal.. :) Eh, bukan sebab jeles maka aku meluah begini. Saja terdetik di minda untuk jadikan sms kamu sebagai entri. :) Dan oh ye awak, tak pernah pula saya suruh amani jadi sub-committee aseb. Kalau ye pun aseb nak amik dia sebagai subcomm, terpulang pada cik kak itu sama ada nak setuju atau tidak. :)
|