|
9:31 p.m. - 2004 Julai 19 Ops.. aku tak berkata tentang oreo, Jacobs mahupun cream crackers. Aku sedang berbicara tentang orang. Yang kalau aku sebut namanya di sini, hampir pasti semua orang mengenali. Malas aku mahu menyusah diri [baca: tak mahu tolong lonjakkan lagi populariti dia tu] Masih tak dapat tangkap lagi? Hish kau ni. Aku kan suka menukar nama orang dengan pelbagai gelaran. Agar mudah untuk aku berkomunikasi, juga senang juga untuk kawan2 memahami. Berbalik pada cerita biskut. Aku kenal dia sewaktu dia masih dalam tempoh pengajian di luar Malaysia. Dan pada waktu tu, my first impression towards him was; mak aii.. skemanye atuk sorang ni, he’s a boring person! Dia pula menganggap aku sebagai seorang yang happy go lucky dan mesti tak sebulu dengan dia. Well? We’ll see.. :) Hari pertama dia tiba di sini, nasib malang agaknya kerana orang pertama dia jumpa adalah aku [tanpa mengetahui itu ialah aku]. Pulak tu, aku kena dapatkan pengesahan dari pihak atasan untuk pengesahan program. Aku berikan surat pada biskut untuk ditandatangan, bukan untuk kau pandai-pandai conteng ubah sana-sini. Kalau kau nak tahu, aku dah edit surat tu dekat 4 kali. Empat kali juga aku print semula benda yang sama. Dan kau tanpa usul periksa membetulkan benda yang dah memang betul.. Hai… sukaaaaa aku rasa. Terima kasih atas tindakan bijaksana anda.. :) Pada waktu itu, dia berpendapat aku ni serius yang amat orangnya. Tapi bila aku perkenalkan diri, dia terkejut beruk. Nasib baik tak jadi beruk ye kamu. ;p Hari-hari berlalu, mungkin aku dah tak heran sangat dengan kehadiran dia. Cuma satu aku pelik, dia suka benar utarakan ayat untuk dijadikan perdebatan. Kadang bukan ayat penting pun, saja suka cari pasal. Hobi ye? Eh, kenapa aku tulis pasal kamu ni ye? Siapa suruh kamu bercerita pada satu office bagaimana aku kenal kamu. Dan kini, aku tak cerita pada sesiapa, aku cuma tulis dalam blog saja. Padan muka! ;p
|