Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

8:36 p.m. - 2004 Julai 9
Kau Susahkan Aku..
Meeting selesai, dan kami dijanjikan RM500 untuk perbelanjaan program yang kami kelolakan.

Program selesai, namun duit yang diterima hanyalah sebahagian. Selebihnya? Aku dahulukan duit aku. Dengan niat mahu membantu. Dan juga aku tahu, kalau nak tunggu duit dari bendahari, alamat tak jalanlah program kami. Tak dapatlah barang-barang yang nak dibeli, tiada juga segala cenderamata demi menjaga hati para VIP.

Dan kini, seminggu berlalu namun berita tentang duit aku masih kaku. Malas nak tanya selalu. Sebab kalau dipinta, bukan duit yang diterima, tetapi tetap alasan demi alasan.

Juga, aku tak kenal orang yang sepatutnya menguruskan duit program ini. Jadi yang aku boleh tanya hanyalah pada ketua program kami; yang langsung tiada kaitan dengan bab duit-duit ini. Sebab itu juga aku segan nak ulang soal, kerana aku tak mahu dia rasa aku terlalu menekan dia. Sedangkan program dah lama langsai, maka dia sudah bukan lagi ketua aku. Aku juga yang malu.

Aku membantu dengan niat nak kurangkan beban mereka. Dengan kehendak program berjalan lancer. Tapi kini, bila duit aku kehabisan langsung, mereka pula tak faham-faham situasi aku.

Aku tiada cash langsung di saat dan ketika ini. Yang ada, cuma Goldcard abah. Yang mana, kalau nak digunakan setakat untuk membeli lunch, dinner; amatlah tidak patut. Kalau kedai runcit biasa, atas RM50-RM100 baru dibenarkan menggunakan kad kredit. Jadi, kau tak faham lagi kesusahan yang kau beri pada aku?

Aku bukan anak orang kaya. Yang mendapat tajaan PTPTN mahupun JPA untuk membolehkan kau bersukaria. Perbelanjaan aku di sini atas tanggungan sendiri. Tak pernah aku minta lebih. Sebab bukan aku seorang anak mak dengan abah.

Inilah, elok-elok kita ikhlas membantu, lain pula akhiran yang diperoleh. Aku tak minta semua sekaligus. Kalau kau tak mampu, beri sedikit demi sedikit pun aku tak kisah. Dan tolonglahhhh faham kesempitan aku.

Oh, wang benar-benar mampu mengubah seseorang.. kan?

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!