|
11:15 p.m. - 2004 Julai 6 Baru lepas mendengar keluh kesah YB Buaya tentang masalah program yang bakal dilangsungkan pabila aku terima panggilan dari Buaya Professional. Ingin jumpa atas sebab 'ingin beri cd Kem Lambaian Danau' tempoh hari. Emma ni tak banyak kerenah orangnya. Memadai jika kau kata nak jumpa sesaja, tanpa perlu menyimpul otak mencari alasan rumit. Kalau tetap masih mahu beralasan, cari punca lain. Kerana KLD tempoh hari, aku tak pergi pun. Tiada sebab aku perlu beriya benar untuk menontonnya. Tapi oh.. kau kan Buaya Professional; pasti perlu ada cara tersendiri yang tersusun rapi untuk approach orang lain kan? :) Patut Buaya Professional ingin bertemu dengan Buaya Hensem pada awalnya. Namun hasrat dibatalkan di saat akhir atas sebab2 tertentu. Tak banyak masa yang kami ada. Aku cuma teman dia makan di HS Cafe. Sambil bersembang mana yang patut dan juga kisah2 yang tidak patut. :) Perbualan makin rancak bila kami berjalan seiring pulang ke kolej. Sayang, kami tak punya masa lebih panjang. Untuk segala yang dikongsi itu; kau buat aku kembali berpijak di bumi nyata. Juga, jangan lupa pesanan aku; Manusia takkan pernah puas dengan apa yang mereka ada. Berhati-hati dengan cita-cita agung mereka yang terlampau melangit tinggi. Bimbang kau bakal menjadi korbannya nanti. Aku sayangkan kamu; sebagai teman juga taulan dan rakan. Rela lagi kiranya yang menjemput kau itu melalui proses semulajadi, dari menjadi mangsa rakus tangan2 yang mengejar nikmat duniawi. As usual, aku pinjam motor dia untuk hantar mem adda balik ke kolej nun jauh di atas bukit sana. Tak payah minta izin pun takpe, sebab itu deal yang kami buat awal masuk sini dulu. Lagipun memang dia dah buatkan satu kunci spare untuk aku. Tapi sebab motor tiada kat tempat parking biasa, aku call dan tunggu YB Buaya untuk sampai. Tak sampai 2 minit dia sampai siap berkot dengan kemeja coklat. Wah, nampak hensem; tapi sekadar cakap dalam hati. Nama pun buaya, pantang kita puji lebih; mulalah dia meninggi diri.. [baca: perasan tak sudah nanti] ;p YB Buaya ada function di Cultural Activity Centre. Komain sakan dia bersiap. Tapi nasib baik penampilan ditapis oleh aku dulu. Kantoi seluar tak berzip. Haha.. Eh, tapi aku tak sempat nampak apa2 ye. ;p Motor berpindah milik hingga lewat petang. Sebab dia kena tunggu hingga program habis. Iyelah, aku faham.. YB kan kene berkhidmat demi rakyat. Pasti sibuknya kalah menteri.. :) Menunggang motor YB Buaya untuk ke pejabat pos. Tiba sahaja di depan gate kolej, rasa lain macam. Allahuakbar.. tayar pancit! Parking tepi dan otak mula ligat mencari 'hero' yang bakal menyelamatkan keadaan. Keluarkan handphone dan dail nombor Buaya Hensem. Tak berangkat. Ah sudah.. Dia saja harapan aku. [baca: dia saja yang sanggup disusahkan aku walau beribu kali minta dibantu] Getus hati; Layaknya aku ini patut dibaling dengan batu. ;p YB Buaya banyak program besar hari ini. Dan dia perlukan motor itu untuk ke sana ke mari. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Tapi, aku ada kelas kejap lagi. Nekad tinggal motor di situ dan terus ke kelas Political Science. Lecturer mengajar di depan, otak aku menerawang ke tayar pancit. Tangan masih mendail nombor sana-sini. Entah mana silapnya, semua nombor yang aku dail tetap tak berjawap. Aduhai.. dugaan sungguh. Akhirnya, tebalkan muka dan hantar sms pada Buaya Hensem tentang kesusahan yang dialami. Alhamdulillah.. dia masih rela melayan kerenah itu ini aku. Ni yang makin tambah sayang kat dia ni. :) Buaya Hensem temankan hingga tayar siap diganti. Kebetulan YB Buaya lalu di seberang jalan. Terus aku panggil untuk dipulangkan kembali motor dia. Sesi berkenalan antara buaya-buaya pun berlangsung serba sedikit sebelum semua berpecah dengan haluan sendiri. Dan selepas itu aku terpaksa rush ke bilik untuk bersiap ke Halaqah yang tinggal 30 minit je lagi untuk bermula. Oh, aku beruntung punya tiga ekor buaya ini. Kerana tanpa mereka, pasti kehidupan aku tidak semudah sekarang. Tapi tidak pula sampai hidup jadi tak bermakna kalau mereka tiada. Cuma serinya tu kurang sikit dari biasa. ;p Lain kali boleh aku belanja kalian bertiga makan bersama ye. Kenapa? Untuk meraikan kalian yang mampu menjadi buaya2 dengan penuh jaya. :) Terima kasih tak terhingga buat Buaya Professional, YB Buaya dan Buaya Hensem. :)
|