|
4:08 p.m. - 2004 Julai 28 Buat menyusah kerja kita je. Dan lagi, bila bekerja dengan orang yang tak faham situasi kita. Aku baru habis program semalam. Program yang diwar-warkan sebagai kedua terhangat di kampus selepas pesta konvo. Program yang kononnya meriah dan mendapat sambutan hebat setiap tahun. Seperti biasa, aku jadi committee atas dasar menolong teman. Tak pernah berangan pun nak isi borang, pergi interview semua. Kesimpulannya; aku diserap secara ‘haram’ ke dalam program ini. Kan aku dah kata, aku tak pandai menolak permintaan orang. Susah kan? Kami sebagai ajk yang menguruskan program ini baru menyedari bahawa tiada apa yang dah dilakukan walaupun program akan berlangsung satu hari lagi. Semua perjanjian, tempahan, rupa-rupanya dibuat secara verbally. Selama ini aku tanya pasal surat, takde siapa ambil endah. Yang dijemput pula, Tan Sri, Prof, Ambassador, etc. Tak ke naya? Bila akhirnya berjaya juga rebut venue, malam waktu program berlangsung pula dugaan datang. Multimedia presentation [yang nak edit 1 minit perlu 4 hari] officer lain pula sibuk nak edit. Kalau tidak, tiada multimedia presentation akan ditayangkan pada VVIP. Sebelum ini, kau tak nak pula sibuk check. Walhal, acara akan bermula lebih kurang 6 jam je lagi. Terima kasih atas bantuan anda! Program berlangsung, kami tak diberi walkie-talkie. Jadi berlari lah para komiti ke sana ke mari demi membawa maklumat terkini. Baru aku sedari, wah.. student sini ramai yang boleh jadi atlit lumba lari sebenarnya. Bakat tersembunyi.. :) Dan bila VVIP bergerak ke tapak pameran, kami sepatutnya menjadi pengiring. Tetapi entah macam mana, komiti pameran yang mengiringi. Dan kami? Ditugaskan menjadi security guard dengan mendepang tangan demi mengawal kesesakan para pelajar. Sudah lah yang nak dikawal tu pelajar antarabangsa, tak faham bahasa pula. Sewaktu sedang Cukup! Ini kali pertama dan terakhir aku menyertai program sebegini. Tiada lagi selepas ini. Cukup dah. Aku betul-betul serik. Sekian, laporan emma untuk kalian.
|