|
10:59 a.m. - 2004 Julai 16 Oh oh emma dah pandai bermain kata sekarang ye? Hehe.. ni tandanya aku tension sebab tengah tak buat apa. Selalu bila busy dengan kerja, secara tak langsung aku lupa segala. Mari layan aku merapu seketika. Biar hilang senak di kepala. :) Berbalik pada kisah dia. Kasih? Ya, aku kasihkan dia yang amat. Cinta? Itu tak pasti sebab setakat ini cinta hati aku hanya pada Dia yang Esa, Insya-Allah. Belum dapat dibahagi kepada mana-mana lelaki lagi. :) Tapi, ada apa dengan dia? Dia yang mengusik kenangan lalu itu? Kerana dia aku kenal diri sendiri. Kerana dia aku jadi begini. Kerana dia, segala-galanya berubah. Alhamdulillah aku belajar kembali mencari erti hidup sebenar. Mungkin datangnya dia adalah untuk memimpin aku berpijak di bumi nyata. Mungkin juga dia dicipta sekadar mengajar erti bahagia. Dan selanjutnya? Setelah menyelesaikan tugasnya, dia ditarik semula dari aku. Bukan.. Bukan ditarik, tapi aku yang menolaknya sebegitu jauh. Menepis dan menangkis selagi terdaya. :) Menyesal? Tidak? Tapi memang pedih rasa itu. Menggigit ke segenap ceruk dalam jiwa. Tapi apakan daya, jika ini yang terbaik untuk aku dan dia; aku redha. Aku masih cuba untuk yakin, bahawa ada hikmah di sebalik segalanya. Terima kasih kepada dia. Kau mengajar aku semua. Harap kau faham. Selami perit payahnya hati wanita yang hadir lewat dalam hidup kamu ini.. :)
|