Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

12:45 p.m. - 2004 Disember 31
jalan-jalan cari orang..

30 Disember 2004 - 5.00pm

Cek jadual ketibaan.

Fukuoka - 1703 - Landed

Terus bergegas ke tempat menunggu.

Tim dan Ateh tak berhenti meneka semua orang yang lalu-lalang. Pelbagai idea dan rekaan tambahan cerita yang mereka bayangkan, sampai aku jadi terpengaruh la jugak. Kot la betul dia dah banyak berubah. Rambut dah bleach panjang mengurai ke.. Dressing dah tak macam Malaysian ke.. Paling tidak pun, perut tu dah maju ke depan.. haha.. Sambil tunggu, melilau cari ezar yang teman jadi driver. Mana plak cik abang sorang ni.. oh dia tengah baca paper, biar la dia.

Dalam pada sembang-sembang, aku dapat ‘rasa’ [yup, my instinct is quite good] ada orang tengah perhati dari belakang. Toleh, and there he is..!

Rambut – masih pendek dan hitam. Dressing – masih tak lupa diri. Perut - masih maintain cam dulu [hak hak] Tapi..

"Apsal aku rasa aku lagi tinggi dari ko haa..?” aku meluahkan kemusykilan.

Tapi bila ukur bebetul, dia masih lagi tinggi. Cuma tak banyak la bezanya. Dia tak sedar aku pakai high boot, haha~ [baca: ni la untungnya perempuan, yang tak cukup boleh dicukupkan tanpa orang lain menyedari]

Tak banyak masa yang ada. His next flight ke Senai pukul 6.55pm. Dan sekarang dah jam 5.30pm. Pergi buat money exchange, jalan-jalan cari makan, lepak, tukar hadiah tukar cerita, terus ke balai berlepas.

Thanks eh zazin, sebab bagi head-band gaara tu. huhu~ Dah agak dah, kalau aku mintak confirm dapatnye.. ;p Nanti bulan 7 kite jumpa lagi. Harapnya, apa yang dirancang sebelum ni semua menjadi. Kita tunggu nanti.. =)

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!