|
11:03 a.m. - 2004 Disember 27 Sepanjang 2minggu lebih yang lalu sibuk dengan urusan belajar + majlis akad + kerja society. Setakat ni alhamdulillah semua masih baik. 25hb haritu pun akak aku dah selamat dinikahkan pada jam 9.30pm di kampung aku. Payah bila menjadi anak sulong kepada cucu sulong ni. Majlis akak menjadi rebutan antara aki dan abah. Jadi untuk bagi semua pihak puas hati, nikah di Pahang, majlis bulan Mac nanti buat di Johor. Habis cerita.. Dan oh ya, gath dah berlalu semalam kan? Thanks pada madulebah sebab mengajak pergi sama, tapi terpaksa ditolak sebab aku kat kampung waktu tu. Pening jadi wedding planner akak. Dan buat yang 'terkena' [aku kata jemput datang majlis kat rumah bulan 3 je, tapi aku tak kata siapa yang nak nikah nye..] minta maaf bebanyak ye.. Kira lawak sebelum masuk tahun baru la ni. Kan yaabbna kan? ;p Tak sabar tunggu 30hb, ada special meeting dengan someone to discuss something. Once in a lifetime punya peluang tak wajar dilepaskan kan..? =) Okaylah, bila aku dah reti balik nak menulis nanti baru aku updet lagi.. Sesapa yang pegi gath tu, cecepat la updet gambo, bole aku tengok-tengok..
|