Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

4:37 p.m. - 2004 Ogos 5
Bukan Kontroversi..
Aku ada satu soalan.

Apa guna minta kebenaran?

Tentu untuk mendapat izin dalam melaksanakan sesuatu, kan?

Kalau itu definisi kamu, aku hormati. Dan sila pula fahami pendapat aku.

Aku bagitahu kamu untuk meletakkan ‘sesuatu’ dalam entri kali ini. Sebenarnya bukan ingin meminta izin pun. Aku sekadar memberitahu. Lebih kepada nak menguji. Nak lihat reaksi kamu.

Dan kamu?

Sungguh-sungguh mengatakan tidak akan redha dengan perbuatan aku ini. Sedangkan aku tak buat apa-apa pun lagi. Malah, sudah dijatuhkan hukuman ‘haram’ pula tu.

Zalimnya kamu.

Menjatuhkan hukuman sebelum kesalahan dilakukan. Dan oh ye, itu bukan ke mengeluarkan fatwa baru namanya?

Alahai, kalau betul aku nak letak benda itu dalam entri ini pun, ia masih menjadi hak aku kan? Sebab blog aku, sukati aku lah.

Tapi iyelah, kadangkala kita terpaksa akur dengan kehendak orang lain. Yang kalau kita tak turut, membawa kepada ‘perbalahan’ yang lebih teruk. Dia ugut aku. Kalau aku buat juga, dia taknak tegur aku sampai sudah.

Aku tak takut dengan ugutan dia itu. Cuma aku rasa gelihati. Lelaki, kalau dah merajuk tu kelakar kan? Mak kata, perempuan kalau merajuk comel. Tapi kalau lelaki yang merajuk, buruk..! Eh, mak aku yang kata. Bukan aku kata.

Yelah yelah, demi kamu, aku skip gambar yang satu itu. Tapi gambar lain tetap aku upload juga nanti. Tunggu entri baru ye. Bukan mengundang kontroversi, sekadar ingin berkongsi.. :)

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!