Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

9:20 p.m. - 2004 Ogos 4
Kamu Kamu Ini..
Entri ini ditulis pada 4 Ogos 2004 jam 1:56am

Kamu tahu emosi aku tengah tak stabil [baca: bijak! memang aku tengah PMS] Tapi kamu masih saja-saja nak menguji aku.

Oppss.. Mungkin bukan berpunca dari kamu. Kamu sekadar ‘marah’ pada benda yang betul. Memang kalau aku pun, orang lain buat begitu; aku akan marah sebagaimana yang kamu lampiaskan pada aku.

Tapi.. tahu tak? Yang selama ini aku banyak makan hati dengan kamu. Kadang kala, apa yang kamu sakat, usik, gurau itu; tetap meracik dalam jiwa ini. Tetap beri kesan walaupun tak banyak. Especially bila kamu guraukan perkara-perkara tentang dia. Cuma aku diam. Aku terima. Aku telan. Aku senyum.

Tak apa, kamu hanya menyakat. Esok lusa kalau aku pura-pura merajuk, kamu juga yang datang memujuk. Kalau aku nak mengada-ngada, kamu juga tempat aku bermanja.

Ini aku hanya cuba bergurau sedikit dengan kamu; terus kamu melenting sebegitu. Tak pernah lagi orang berkasar dengan aku seperti yang kamu lakukan. Ya, aku tewas kali ini. Aku jadi geram, sakit hati, bengang.. aku sebak.

Kenapa ye? Aku masih juga mencari kamu lepas apa yang kamu lakukan hari demi hari? Aku kongsi sejarah masa silam paling penting dalam hidup aku, yang kamu berjanji tidak akan bagitahu pada sesiapa namun kamu mungkiri. Aku sakit hati, aku terpana, namun kamu juga yang aku cari kemudiannya. Ajaib kan? Entah kuasa apa yang buat aku masih bertahan dengan kerenah kamu.

Oh, kalau ikutkan amarah ini, banyak lagi yang ingin aku tulis. Tapi nasib baik ada ben. Sebab dia selalu muncul tepat pada waktunya. Macam tadi, dia juga tempat aku mengadu segala. Meluahkan kekalutan dalam jiwa. Tau je kau bila aku perlukan dorongan ye?

Tapi tak mengapa. Tanpa kamu, aku takkan menjadi sekuat ini. Takkan aku mampu survive kat taman ilmu dan budi ini. Lebih-lebih lagi bila ben dah tiada di sini.

Terima kasih ye ezar. Kerana mengajar sesuatu dalam hidup aku ini. Juga, terima kasih buat ben yang sentiasa mendengar bisikan gelodak jiwa ini.

Sungguh, aku sayangkan kalian! :)

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!