Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries

4:49 p.m. - 2004 Ogos 3
Antara Boxer, Buaya & Biskut..

He fights like a man, so that he can become a woman.

Patut tujuan asal nak mencari kasut. Tapi entah macam mana boleh tersesat kat TGV menonton Beautiful Boxer bersama body guard tak rasmi encik buaya professional kita.. :)

Dah tonton cerita tu? Kalau belum, sila lah. Aku nak tahu apa komen kamu di sebalik movie yang dibuat berdasarkan kisah benar seorang lelaki yang menukar jantinanya kepada perempuan ini.

Sekali pandang, memang moral cerita ini memesongkan siapa yang mentafsir secara luaran. Tapi kalau diselami watak Nong Toom yang dalam kekeliruan ini, pasti punca sebenar permasalahan dapat kita nampak.

Nah, pergi tonton sendiri. Aku mahu pandangan kalian tentang cerita ini.

Pulang dari KLCC, aku ke CAC mengambil duit program tempohari. Kemudian kami menuju ke cafe untuk duduk minum. Datang pula YB buaya yang kebetulan baru balik dari program penutup di CAC.

Buaya dah berjumpa dengan buaya, habis segala falsafah buaya dihujahkan bersama. Aku yang pening kepala. Nasib baik buaya hensem tidak turut serta kerana perlu study untuk exam. [Ya, istilah menelaah di kampus ini memang semata-mata kerana nak exam, quiz, test..] Itupun sempat juga dia menghantar sms menyakat tak sudah.

Hai.. ini baru menjaga tiga orang buaya. Kalau biskut pun nak jadi buaya, tak ke naya? Mahu pengsan aku menjaga mereka-mereka ini. Silap hari bulan, boleh buka pusat penternakan buaya sedunia gamaknya.. ;p

Waktu berlalu, kami bersurai di situ. Oh ye, aku bakal menganjurkan rombongan menonton Puteri Gunung Ledang pula selepas ini. Kalau hari tu 13 orang pontianak ikut serta, kali ni rasanya lebih ramai yang akan menyertai. Tunggu laporan terkini nanti ye..

 

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!