|
5:12 p.m. - 2004 Ogos 2 “Eh korang ni. Dah pandai panggil aunty plak. Bitau papa awak, akak ni muda lagi. Jangan ngengada nak panggil aunty..” Terubat rindu aku kat bebudak tu. Dapat panggilan dari Kuantan tadi. Dari teman lama yang sering menyepi diri. Masih cuba mengubat hati akibat pemergian isteri. Juga, belum menemui calon sesuai mengganti tempat kekasih hati. Cerita lama pun. Diam tak diam, dah 2 tahun setengah isteri dia pergi. Dan aku menemani dia hingga saat isterinya dimasukkan ke perut bumi. Sebak memang terasa, cuma perasaan dan emosi tu perlu dikawal. Kalau aku pun dah rasa begitu, kawan yang sorang ni; si suami ini, entah bagaimana gelodak jiwa dia. Meninggalkan bersama sepasang zuriat tercinta. Cuma sayang, anak ketiga tak sempat menerokai dunia ini, pergi bersama ibunya menemui Ilahi. Aku rindukan mereka. [Anak-anak dia ye, bukan bapa nya..] Seronok melayan keletah budak-budak ni. Memang kalau balik kampung, itu pun hobi aku. Menjadi baby-sitter tak rasmi pada makcik dan sepupu lain. Dan selama mengenali dia ini, aku cukup kagum dengan ketabahan jiwa dan raganya. Membesarkan anak-anak tanpa bantuan orang lain. Berusaha sebaik mungkin memberi yang terbaik buat mereka. Ah, kau memang suami idaman setiap wanita. Senang cakap, kalau diberi pilihan antara lelaki bujang dan duda [bukan suami orang ye], pilihan aku pasti yang kedua. Sebab golongan mereka ini lebih pengalaman dalam serba-serbi. Tak la asyik kita ni makan hati.. tak gitu? :) Ini pilihan aku, kalau kamu tak sependapat.. terpulang. Hak individu. Tak perlu nak berbalah di sini. :) Cuti mid-term tak lama lagi. Sebelum pulang ke Johor, insya-Allah aku singgah ke Kuantan dulu. Demi memenuhi kehendak budak-budak itu. Dan kali ni aku nak ajar mereka sungguh-sungguh agar tak lagi memanggil aunty. Kena biasakan dengan panggilan akak jugak. Baru sedap sikit telinga aku ni mendengar. Heh.. p/s: ingat entri pasal duit program tu? alhamdulillah dah dapat duitnya semalam. credit goes to biskut and ayong for helping me to get back the money.. thanks a lot! :)
|