|
5:11 p.m. - 2004 Ogos 13 Hati rasa tak sedap. Mak dah telefon beberapa kali tanya bila nak balik. Akhirnya aku buat keputusan juga. Balik dengan ditemani buaya professional ke puduraya. Si buaya nak ke Kuantan dulu. Kebetulan kami tiba kat pudu, bas menuju ke Kuantan tepat jam 3pm dah menanti. Aku suruh dia pergi dulu. Sebab tiket bas aku jam 4.30pm. Tau-tau dia dah beli tiket pada waktu yang sama: 4.30pm juga. Heh, takut nak tinggalkan aku sesorang kat pudu ke? ;p Jam pada hp dah tunjuk jam 4.25pm, bas pun tiba. Kami turun ke platform berbeza. Naik je bas, hati aku berdegup kencang. Tak tahu kenapa. Makin kuat rasa tak sedap hati. Bas berlepas dari pudu, alhamdulillah tiada apa berlaku. Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba bunyi meletup yang sangat kuat kedengaran. Bunyi tu menyebabkan rata-rata penumpang yang sedang tidur tersentak kerana terperanjat. Tayar bas pecah, betul-betul di lorong tengah lebuhraya. Cuma nasib baik bas tidak berapa laju, pemandu mengawal bas ke tepi dengan selamat. Sah, patut rasa tak sedap hati semacam. Dah habis segala doa aku baca. Juga tak lupa untuk sms beberapa orang beritahu keadaan. Waktu tu dah jauh dari pudu tapi tak masuk tol sungai besi lagi. Dan kami terperangkap dalam traffic jammed. Orang balik kerja. Dekat setengah jam driver bas tu menukar tayar. Kemudian bas berjalan semula. Kali ni laju sedikit dari tadi. Mungkin driver tu nak kejar masa. Betul-betul dah nak masuk ke tol sungai besi, bunyi bising pula menyebabkan satu bas panik. Tiub clutch putus. Bas hilang kawalan dan nyaris berlanggar dengan kereta yang meluru laju nak masuk ke kawasan tol. Waktu itu, dalam hati aku dah niat kalau aku mati sekarang; ampunkan dosa aku dan aku dah ampunkan segala dosa orang lain padaku. Ada penumpang dah mula menjerit ketakutan. Bas brek mengejut dan akhirnya perlahan-lahan dipandu ke bahu jalan. Berhenti. Semua diam. Mungkin masih terkejut. Lebih kurang 5minit selepas itu, driver bas keluar dan membuat panggilan. Kami penumpang turun dan melangok tepi bas. Sehinggalah satu jam kemudian, bas lain dari syarikat yang sama datang. Kami diarah bertukar bas. Alhamdulillah, selamat perjalanan sampai ke Johor. Thanks pada amrah for your couraging messages. Rather than encik biskut kita yang seolah saja nak perli waktu kejadian berlaku. I know that u have a good intention but that wasn’t the appropiate time to say such things.. Neway thanks juga lah sebab sanggup bazir kredit balas my sms, and yeah.. Happy Birthday Biscuit..! :)
|